fbpx

Dua gol Machado selamatkan maruah Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMON Machado (kanan) ledak dua gol pada debutnya bersama Sabah untuk bantu kemenangan 4-3 ke atas Kuching City di Stadium Likas, sebentar tadi. - FB MFL

KOTA KINABALU – Bintang import baharu, Ramon Machado terus memenangi hati peminat Sabah apabila muncul wira pasukan ketika tewaskan Kuching City 4-3 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Pencapaian ini memastikan debut sempurna buat Machado malah seorang lagi import The Rhinos, Saddil Ramdani kekal cemerlang dengan menyumbangkan satu gol dan mencipta dua bantuan jaringan.

SADDIL Ramdani (dua dari kiri) cemerlang menghasilkan satu gol dan dua bantuan jaringan. – Twitter MFL

Selepas pamer kebangkitan luar biasa, keputusan akhir perlawanan jelas sesuatu yang cukup perit untuk ditelan oleh Kuching City yang kini cuba keluar daripada kedudukan kedua tercorot Liga Super.

Terdahulu, Saddil terus menyerlahkan impak buat pasukan dan kualiti sepakan percumanya pada minit ke-12 menghasilkan gol pendahuluan buat tuan rumah dan selang 15 minit kemudian, import dari Indonesia itu melakukan umpanan menarik yang disempurnakan oleh Machado.

Kuching City memulakan babak kedua dengan agak positif hingga memperoleh gol pertama menerusi Amir Amri Salleh pada minit ke-55 namun tiga minit selepas itu, Sabah segera menunjukan tindak balas apabila menambah jaringan ketiga menerusi Stuart Wilkin, juga hasil daripada umpanan Saddil.

Kelekaan benteng pertahanan tuan rumah pantas dihukum oleh Abu Kamara yang meledak dua gol buat Kuching City pada minit ke-67 dan 86 sekaligus menjadikan kedudukan 3-3.

Ketika Sabah hampir pasti terpaksa berpuas hati dengan satu mata, Machado bijak menempatkan dirinya di kedudukan tepat untuk meledak gol kemenangan The Rhinos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI