PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negara sehingga enam petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
“Antara kawasan yang terlibat adalah Perak di Larut, Matang Dan Selama serta Hulu Perak. Untuk negeri Kelantan di Jeli, Kuala Krai, dan Gua Musang. Manakala Terengganu di Besut dan Hulu Terengganu.
“Seterusnya bagi negeri Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin. Di Selangor, kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang. Bagi Negeri Sembilan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Tampin.
“Selanjutnya negeri Johor kawasan Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi. Sarawak di Limbang manakala Sabah di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, dan Sandakan,” katanya.
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. KOSMO! ONLINE