fbpx

Banglo, kereta milik penjawat awam ditembak individu tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Polis sedang memburu suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah rumah banglo dan kereta milik seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut daripada pemilik rumah berkenaan kira-kira pukul 11.59 malam.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian menjumpai beberapa kesan tembakan pada rumah banglo setingkat itu.

“Selain itu, kesan tembakan turut dilihat pada kenderaan milik penjawat awam tersebut. Siasatan mendapati, mangsa tinggal di rumah terbabit bersama ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, polis sedang menjalankan operasi untuk mengesan dan menangkap suspek terlibat.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Asisten Superintendan Mohd. Ridhuan Ismail di talian 019-245 4224 atau 09-775 2200.

Difahamkan, penjawat awam terbabit tiada di rumah semasa suspek datang dan melepaskan tembakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI