fbpx

Anwar tempelak tuduhan Muhyiddin isu pelupusan hutang Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Program Temu Anwar di UUM, Sintok pada hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

SINTOK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduhnya berbohong mengenai pelupusan hutang peneroka Felda seperti diumumnya pada semalam.

Anwar mempersoalkan bagaimana bekas Perdana Menteri itu memaklumkan telah melakukan pelupusan itu pada 2021, sedangkan beliau menandatanganinya pada akhir bulan lalu.

“Hari ini mantan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin membuat kenyataan Perdana Menteri berbohong kerana perkara ini sudah selesai sejak tahun 2021. Inilah masalah bila ada kuasa nak cari kontrak untuk anak pinak.

“Sekarang kamu kata dah selesai, saya baru tandatangan akhir Jun, saya Menteri Kewangan tandatangan kelulusan ini. Jadi kamu dah selesai tahun 2021 bagaimana, selesai di mana?” katanya pada Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.

Muhyiddin pada hari ini menyifatkan tuduhan Anwar yang mendakwa beliau tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda sebagai satu pembohongan besar.

Beliau berkata, pelupusan hutang peneroka Felda yang dilaksanakan ketika beliau mengetuai Kerajaan Persekutuan pernah disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu dengan ia dilaksanakan pada 2021.

Ia susulan kenyataan Anwar pada Hari Peneroka yang mendakwa langkah melupuskan hutang peneroka tidak dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dan perkara itu berterusan sehingga beliau mengambil alih kerajaan.

Anwar turut menyatakan bahawa memang terdapat persetujuan oleh kerajaan terdahulu untuk melupuskan hutang berkenaan, namun ia tidak dilakukan seperti yang sepatutnya.

“Belanjawan 2021 dan 2022 tidak ada peruntukan untuk menyelesai dan meluluskan hutang Felda. Saya kekal dengan rekod ini, hanya dalam Belanjawan Madani 2023 saya serahkan RM990 juta peruntukan awal untuk melupuskan hutang Felda yang jumlahnya RM8.3 bilion,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI