fbpx

Derita diabetas, wanita bergantung pada anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIATUL ALIA (menolak kerusi roda) menjadi tulang belakang keluarga membantu ibunya, Azizah menguruskan keperluan harian di Kampung Seberang Balok, Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Seorang ibu tunggal terpaksa bergantung hidup menggunakan kerusi roda selepas kaki sebelah kirinya terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Tidak hanya itu, Azizah Mohd Yusop, 46, turut mengalami kabur penglihatan kedua-dua belah matanya, selain menghidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang sehingga memaksa dirinya menjalani dialisis tiga kali seminggu.

Ibu kepada dua anak itu berkata, penderitaan dihada­pinya sejak lapan bulan lalu itu menyukarkan dirinya untuk bergerak, sekali gus tidak mampu bekerja.

“Hidup saya mula berubah, daripada ada kudrat untuk be­kerja, tetapi kini bergantung sepenuhnya kepada anak sulung untuk menyara keluarga,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Balok, di sini baru-baru ini.

Dia yang sebelum ini be­kerja sebagai kerani di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memberitahu, pada masa ini, anak sulungnya Aziatul Alia Jamil, 19, terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya.

Katanya lagi, pendapatan yang diperoleh secara harian oleh anaknya itu digunakan untuk membeli makanan dan per­belanjaan persekolahan adiknya yang berusia 12 tahun.

“Alia (Aziatul Alia) kata dia perlu bekerja dan berusaha bantu keluarga, kalau dia tidak berkorban siapa lagi.

“Dia perlu bekerja dan sekurang-kurangnya tidak bergantung kepada ihsan orang lain untuk menampung kehidupan,”katanya.

Kata Azizah, dia reda dengan ujian menimpanya dan belajar hidup dengan menerima kekurangan tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Malah, katanya dia juga pasrah apabila terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis seba­nyak tiga kali seminggu bagi meneruskan hidup.

“Saya bersyukur kerana kos dialisis ditanggung oleh Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Kalau tiada bantuan Perkeso, saya terpaksa mengeluarkan belanja hampir RM250 untuk setiap kali sesi dialisis.

“Saya juga peroleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 sebulan dan ia digunakan untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti,”ujarnya.

Orang ramai ingin yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB 7626711952 atas nama Azizah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI