fbpx

Warga Kedah dijemput sertai sesi Temu Anwar di UUM Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di laman Facebook Anwar sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai khususnya anak muda di Kedah untuk menyertai sesi dialog Temu Anwar yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Anwar berkata, sesi dialog tersebut akan diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

“Saya ingin menjemput anak-anak muda negeri Kedah untuk turut sama dalam sesi ini dan bertanya soalan kepada saya serta memberi pandangan atau teguran membina kepada Kerajaan.

“Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. Kita jumpa Sabtu ini!,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI