fbpx

[VIDEO] ‘Kaki buli’ menangis teresak-esak ibu bawa balai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak menangis teresak-esak apabila ibunya membawanya ke balai polis kerana dikatakan sering mengacau murid lain di sekolah.

Tindakannya itu bukanlah untuk menghukum, tetapi sebagai pengajaran supaya anaknya tidak menganggu murid lain lagi.

“Upah sebab selalu kacau orang dekat sekolah. Umi bawa betul-betul pergi balai.

“Umi dah stress dah. 100 kali minta maaf tak nak buat lagi. Tengok esok, kalau buat lagi kita hantar balik,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Melalui video yang dikongsi ibunya @Wanyzahar88 di media sosial, anaknya yang bersekolah tadika itu menangis teresak-esak sambil mengangguk faham mendengar nasihat daripada polis tersebut.

“Jadi budak baik. Jangan pukul orang, berdosa nanti masuk neraka,” kata polis tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dengan tindakan ibu kanak-kanak tersebut.

“Kesian, tapi nak ajar mereka sebelum mereka pandai buli. Sebelum jadi bahaya. Itulah mak-mak yang runsing dengan anak-anak. Mencabar,” kata Qiqiatiqah.

“Anak saya pernah kena ugut begini dia boleh jawab nak takut apa polis sama saja dengan pakcik dia. Aduhai nok jerik sero (aduhai nak menangis rasa),” ujar Nooradilla.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 60,000 tontonan dan 1,859 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@wanyzahar88 Membalas kepada @ceqnur2881 ♬ bunyi asal – Nur dan Nuh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI