fbpx

Terima kasih MCA, MIC kekal menyokong Kerajaan Perpaduan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa MCA dan MIC tetap akan menyokong Kerajaan Perpaduan meskipun kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mengumumkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Anwar berkata, komitmen itu disuarakan sendiri oleh kedua-dua presiden parti berkenaan menerusi panggilan telefon kepadanya.

Jelas Perdana Menteri, beliau menghargai pendirian dan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua parti itu di sebalik perebutan kerusi antara PH dan BN di enam buah negeri.

“Kedua-dua presiden MIC dan MCA ada hubungi saya dan menyatakan bahawa pada peringkat ini mereka tidak menyertai PRN.

“Tetapi, mereka akan memberikan sokongan dan saya fikir itu dalam ruang kuasa Barisan Nasional.

“Saya ucap terima kasih kerana kesetiaan mereka membantu dan masih mempertahankan kedudukan Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan International Social Wellbeing Conference (ISWC) di sebuah hotel di sini hari ini.

Semalam, MCA dan MIC dilapor membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRN yang akan berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon manakala, MIC menerusi Setiausaha Agungnya, RT Rajasekaran.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI