fbpx

Remaja cekik adik sampai mati direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK dibawa menaiki van putih ketika permohonan reman dibuat di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - foto: SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Remaja berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga mati di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu di sini, tengah hari semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Asyikin Rosli terhadap remaja terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pukul 9 pagi dengan menaiki van berwarna putih dengan diiringi anggota polis.

Terdahulu, Kosmo! Online malam tadi melaporkan kanak-kanak lelaki, Muhammad Haziq Damiri Najli, 9, maut selepas dipercayai dicekik abang kandungnya di Kampung Bukit Piatu, di sini.

Kejadian tersebut disedari ibu mangsa yang melihat kejadian melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diakses menggunakan telefon pintarnya.

Wanita itu kemudian meminta pertolongan jirannya bagi memeriksa keadaan dua beradik itu yang berada di dalam rumah.

Menurut jiran yang juga saksi kejadian, Qhurun Ain Johani, 31, sebaik sahaja masuk ke dalam rumah tersebut, dia terkejut apabila melihat suspek mencekik leher adiknya yang pucat dan dipercayai tidak bernyawa.

“Abangnya seakan-akan tidak menyedari perbuatannya sehingga saya terpaksa menepis kuat genggaman tangannya yang mencengkam leher mangsa.

“Dia (abang) memang budak yang baik, cuma baru-baru ini dia mengalami trauma kerana mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah.

“Dia pernah meracau, namun dikatakan telah sembuh selepas dibawa menjalani rawatan oleh keluarganya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI