fbpx

Rangka keluli 140 tan hempap pekerja binaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara memaparkan lokasi jejambat yang sedang dalam pembinaan di Shizuoka. - Kyodo

TOKYO – Dua pekerja terbunuh selepas galang sebuah jambatan jatuh daripada pelantar yang didirikan di sebuah tapak pembinaan di tengah Jepun, lapor agensi berita Kyodo News.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 3.10 pagi (waktu tempatan) hari ini. 

Seramai tujuh orang dikejarkan ke hospital dengan dua pekerja berusia dalam lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia dan dua lagi parah.

Kira-kira 20 pekerja sedang membina jejambat berbilang tingkat di Wilayah Shizuoka yang dijangka siap menjelang musim bunga 2026.

Polis masih menyiasat kejadian itu. Pihak berkuasa juga mempertimbangkan untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab kerana cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Menurut polis, rangka keluli sepanjang 65 meter dan berat sekitar 140 tan yang membentuk asas jalan bertingkat itu tergelincir pada ketinggian kira-kira 9 meter.

Pekerja sedang mengalihkan rangka keluli ke kedudukan berbeza apabila kejadian berlaku, demikian menurut Pejabat Lebuhraya Nasional Shizuoka.

Tujuh orang yang dibawa ke hospital berumur dalam lingkungan 30-an hingga 70-an, kata  polis dan bomba. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI