fbpx

Pengguna media sosial perlu waspada sampai maklumat mengenai OPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAHMI Fadzil dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Kita Madani Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Seri Batu 8, Labu, Seremban hari ini. Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Kementerian Komunikasi dan Digital mengingatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam menyampai maklumat yang tidak sahih termasuk mengenai kadar dasar semalaman (OPR).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos nanti, akan ada pengguna dan pemain media sosial mengambil kesempatan untuk mengadu domba, menanam bibit perpecahan selain mengapi-apikan sentimen.

“Kita perlu sahkan dulu maklumat diterima sahih atau tidak atau telah diumumkan, headline juga ada yang salah tafsir atau disalah tulis. Saya telah meminta Persatuan Bank-bank Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia memberikan penjelasan sekiranya ada rakyat yang menghadapi masalah dengan isu akibat daripada peningkatan OPR.

“Mereka (rakyat) boleh berhubung dengan pihak bank dan berbincang disebabkan kita baharu keluar dari pandemik Covid-19 dan saya percaya pihak bank juga faham dalam tempoh moratorium pasca pandemik memang masih ramai masih terkesan dengan keadaan ekonomi,” katanya selepas merasmikan program Kita Madani Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Seri Batu 8, Labu di sini hari ini.

Fahmi menambah, keputusan mengekalkan OPR pada 3.00 peratus oleh Bank Negara Malaysia hari ini adalah keputusan yang dibuat secara bebas tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI