fbpx

Pemilihan Ku Li sebagai pengarah PRN Kelantan diputuskan kelak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR – Cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk meletakkan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka akan diputuskan dalam minggu terakhir penamaan calon.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan serta diharapkan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat mencipta kejutan pada PRN enam negeri ini khususnya Kelantan dan Terengganu.

“Kita memang ada kolaborasi yang baik bersama BN, khususnya di semua negeri-negeri ini. Kelantan dan Terengganu pastinya gabungan ini sangat perlu diperkukuh.

“Justeru, kita berharap kolaborasi antara PH dan BN dapat melakukan satu kelainan dalam pilihan raya khususnya di Kelantan dan Terengganu kali ini,” katanya selepas merasmikan inisiatif Payung Rahmah bersama Jaya Grocer dan Grab di KL East Mall di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendedahkan Tengku Razaleigh bersetuju untuk dilantik sebagai pengarah pilihan raya bagi memimpin gabungan PH-BN Kelantan bagi menghadapi PRN.

Bagaimanapun, perkara tersebut masih belum mendapat sebarang kata putus daripada kepimpinan UMNO.

Ditanya mengenai calon PRN di enam negeri, Salahuddin berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan perkara itu pada Isnin minggu hadapan untuk dimuktamadkan.

“Insya-Allah kita boleh putuskan nama-nama calon yang akan bertanding dalam PRN di enam negeri saya rasa tiada masalah besar untuk Amanah kemukakan calon-calon terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI