fbpx

Menteri Perpaduan ziarah keluarga Muhammad Hawari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron (tengah) menziarahi keluarga Muhammad Hawari di Kampung Permatang Kerai Besar, Seberang Perai Utara hari ini. GAMBAR IHSAN KEMENTERIAN PERPADUAN

SEBERANG PERAI – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang meluangkan masa menziarahi ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu, 19 Mei lalu.

Aaron turut menyantuni isteri Muhammad Hawari, Safiyyah Tang Xie Lie,34 dan ibunya, Che Tom Hassan, 64, di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut menyerahkan sumbangan yang dikumpulkan kakitangan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

“Inisiatif seumpama ini akan diteruskan selaras dengan tanggungjawab kementerian untuk memacu agenda perpaduan nasional bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari, 33, ditamatkan secara rasmi pada 16 Jun lalu dan akan disambung semula tahun depan.

Ketika ini, status Muhammad Hawari diletakkan sebagai ‘orang hilang’ kerana jasadnya masih belum ditemui sehingga kini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI