fbpx

Syukur kesihatan Yasin Sulaiman baik, makin berisi – Abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zain Sulaiman ketika ditemui selepas prosiding hari ini. Foto oleh Shidiqqin Zon

PETALING JAYA – Abang penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman melahirkan rasa syukur dengan tahap kesihatan adiknya yang bertambah baik berbanding dua bulan lalu.

Zain Sulaiman, 51, berkata, jika dahulu berat adiknya hanya 48 kilogram (kg), kini keadaan fizikal lelaki tersebut berubah dan beratnya bertambah.

“Alhamdulillah nampak kesihatan semakin baik, dia (Yasin) bertambah berat. Itu yang amat penting untuk keluarga tengok kesihatan Yasin pulih semula.

“Dia (Yasin) sentiasa ingatkan kita berdoa untuknya. Itu yang sentiasa kami sekeluarga lakukan. Kami menyokongnya 200 peratus,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, 10 Nik Nasimah Nik Mohammad, hari ini.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 48, disahkan tidak waras ketika kejadian, namun layak dibicarakan atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin pada sebutan laporan psikiatri Yasin di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad.

Menurut Ahmad Zuhaini, meskipun layak dibicara, terdapat tiga kesimpulan hasil pemeriksaan psikiatri itu yang mana Yasin mengalami bipolar disorder atau keceleruan efektif, hypertiroidisme, selain tidak waras semasa kejadian.

Sebelum ini, Yasin diperintah ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI