fbpx

Lif usang di 5 PPR, Perumahan Awam diganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming bersama Wan Azizah melihat penggantian lif blok B pada Majlis Lawatan Kerja Rasmi dan Penyerahan Peruntukan Bagi Inisiatif Belanjawan Madani 2023 : Penyelenggaraan Lif untuk Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini. - Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM33.6 juta disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan penggantian lif di lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu akan membantu kerja-kerja penggantian sebanyak 56 unit lif di 19 blok rumah pangsa PPR dan perumahan awam.

“PPR dan Perumahan Awam yang terlibat ialah PPR Bukit Jalil, Perumahan Awam Desa Rejang, Perumahan Awam Seri Pangkor 1, Perumahan Awam Seri Pangkor 2 dan Perumahan Awam Seri Terengganu.

“Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan oleh DBKL bermula pada tahun ini dan dijangka siap secara berperingkat sehingga tahun 2024,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Peruntukan Inisiatif Belanjawan Madani 2023: Penyelenggaran lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia, Taman Desa Petaling, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kor Ming berkata, penyelenggaraan dan penggantian lif itu dijangka akan memberi manfaat kepada 9,272 orang penduduk di PPR dan perumahan awam tersebut.

Dalam pada itu, turut diadakan pelancaran bagi penggantian enam unit lif di Blok A dan Blok B, PPR Seri Malaysia, di sini melibatkan RM3.28 juta peruntukan yang telah disediakan oleh DBKL.

“Pengggantian lif ini merupakan keperluan yang ditunggu oleh penduduk memandangkan usia lif sudah menjangkau 19 tahun.

“Cuma apa yang kita harapkan ialah penduduk bekerjasama menjaga kebersihan, tiada vandalisma dilakukan supaya semua penduduk dapat gunakan lif dengan selesa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI