fbpx

King Sing menghadap Sultan Johor, bincang hala tuju MM2H

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, hari ini

PETALING JAYA – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing dalam perbincangan untuk memantapkan lagi pelaksanaan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), hari ini.

Pertemuan selama hampir dua jam tersebut berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

King Sing berkata, segala perbincangan tentang penambahbaikan MM2H bersama DYMM Sultan Johor akan dicadangkan kepada kabinet pada bulan hadapan.

“Pada pertemuan hari ini, Baginda telah memberikan banyak idea baik dan saya yakin idea-idea ini boleh dilaksanakan, sekaligus merancakkan ekonomi pelancongan kita.

“Saya akan berbincang bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pemain-pemain industri berhubung penambahbaikan MM2H serta pandangan dan nasihat yang disampaikan oleh Baginda,” katanya.

Terdahulu, menurut pentadbir Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda bertitah agar MM2H ditambahbaik dari segi dasar, insentif dan manfaat supaya ia tidak membebankan.

Titah Baginda, penambahbaikan itu penting dalam menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi utama.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar Krishnasamy dan ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Fatimah, Tan Sri Tan Seng Leong.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI