fbpx

Bayi perempuan baru lahir dibuang di gerai ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan yang ditemui dibuang di sebuah gerai menjual ayam di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang peniaga ayam terkejut menemukan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di premis perniagaannya di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih di sini hari ini.

Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu ditemui di atas lantai premis menjual ayam tersebut pada pukul 7.50 pagi.

Mohd. Yusrizal Azlan, 27, berkata, dia yang mahu memulakan perniagaan tergamam menemukan bayi tanpa berpakaian tersebut.

“Sewaktu mahu menurunkan bekalan ayam dari lori, saya ternampak objek pelik di atas lantai kedai saya.

“Terkejut saya mendapati ia rupa-rupanya objek itu merupakan bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Yusrizal berkata, badan bayi tersebut juga telah dikerumuni semut dan dalam keadaan menggigil kesejukan.

Katanya, dia kemudiannya menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan penemuan bayi berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI