fbpx

Bapa simpan jenazah bayi dalam peti sejuk, tidak mampu bayar pengebumian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S akhirnya mengeluarkan jenazah bayinya dari peti sejuk. - Suara.com

JAKARTA – Seorang bapa di Tangerang, Indonesia mengejutkan penduduk kampung kerana menyimpan jenazah bayinya di dalam peti sejuk selama dua hari. 

Laman berita Tribun Tangerang melaporkan, lelaki yang hanya dikenali sebagai S dan berumur 30 tahun itu terpaksa berbuat sedemikian kerana tidak mampu membayar untuk  pengebumian bayinya.

Isteri S bersalin pada 2 Julai lalu, namun anak mereka meninggal dunia. S kemudian membawa jenazah bayinya pulang ke rumah sebelum dikebumikan pada 4 Julai lalu. 

Ketua kampung Ciledug, Marwan berkata, kejadian itu dilaporkan oleh penduduk kampung. 

Selepas menerima laporan, jawatankuasa kampung tersebut bergegas ke lokasi kejadian.

“Ahli-ahli jawatankuasa kampung datang ke rumah dan ternyata bayi itu berada di dalam peti sejuk,” kata Marwan.

Menurut penjelasan S, bayinya meninggal dunia, manakala isterinya masih dirawat di hospital.

Mereka kemudian membantu S mengebumikan jenazah bayinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI