fbpx

Alcaraz laung cabaran terhadap Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ memberi amaran kepada Djokovic bahawa dia ada keyakinan tinggi untuk melakukan yang terbaik jika ke pentas final Wimbledon kali ini.

LONDON – Pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz memberi amaran kepada Novak Djokovic bahawa dia tidak akan berdepan tekanan jika akan berdepan jaguh Serbia itu di pentas final Wimbledon.

Alcaraz membuat permulaan yang baik untuk memburu mahkota Wimbledon sulungnya sejurus menum­paskan pemain veteran dari Perancis, Jeremy Chardy dengan keputusan 6-0, 6-2, 7-5 pada pusingan pertama kelmarin.

Pemain Sepanyol itu yang sudah mempunyai lima gelaran musim ini yakin dia tidak akan berdepan masalah kecergasan sekali lagi sekiranya mereka bertembung di pentas final Wimbledon.

“Punca utama saya mengalami kekejangan otot ialah saya berdepan Djokovic di pentas separuh akhir Terbuka Perancis. Saya pasti pengalaman itu adalah bahagian yang sangat penting prestasi saya.

“Banyak yang saya pelajari daripada perlawanan itu dan pati akan menjadi pentas berbeza sekiranya berdepan Djokovic sekali lagi,” kata Alcaraz.

Sebagai pencabar utama kejuaraan, Alcaraz mengakui dia dan Djokovic akan mengikuti perkembangan masing-masing melalui kejohanan itu.

“Saya menyaksikan perlawanannya tetapi bukan keseluruhan perlawanan. Saya fikir dia melakukan perkara yang sama seperti saya lakukan.

“Saya datang untuk memenangi kejohanan, itu matlamat utama saya sekarang. Saya mempunyai keyakinan yang tinggi dan akan mela­kukan terbaik untuk ke pentas final Wimbledon,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI