fbpx

Wanita tidak gentar tumbuk hidung beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelly mengalami luka pada bahagian pergelangan tangannya akibat digigit oleh beruang tersebut. – WMUR

AUGUSTA, MAINE – Seorang wanita di negeri Maine, Amerika Syarikat menumbuk muka seekor beruang selepas haiwan itu mengejar anjing peliharaannya, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Lynn Kelly, 64, ketika kejadian sedang membersihkan kawasan belakang rumahnya apabila anjing peliharaannya mula menyalak dan berlari ke kawasan belukar.

Menurut Kelly, dia kemudian melihat anjing tersebut berlari keluar dari belukar sambil dikejar oleh seekor beruang.

“Saya dan beruang itu saling berpandangan, mungkin kerana kedua-duanya berasa takut,” ujarnya.

Tambah Kelly, dia kemudian berhadapan dengan beruang itu dan apabila haiwan tersebut berdiri, dia menumbuk hidung beruang berkenaan.

“Ia kemudian menggigit tangan kanan saya dan menyebabkan luka pada bahagian pergelangan tangan,” katanya.

Beruang itu kemudian melepaskan gigitan lalu berlari masuk ke dalam belukar dan menghilangkan diri.

Sementara itu, Kelly menghubungi talian kecemasan 911 sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI