fbpx

Tun Mahathir, Muhyiddin adakan pertemuan empat mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pertemuan dua bekas Perdana Menteri di kediaman Dr. Mahathir semalam.

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bagi membincangkan Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan oleh bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pertemuan antara dua tokoh pemimpin Melayu yang sanggup ketepikan perbedaan politik lampau demi menjaminkan kelangsungan perjuangan untuk memperkasakan kedudukan anak bangsa.

“Sifat terpuji Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi satu sandaran baru kepada keseluruhan orang-orang Melayu yang amat ‘dahagakan’ penyatuan atau perpaduan melayu secara mutlak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertemuan antara kedua-dua bekas Perdana Menteri itu dibuat hampir dua jam di kediaman Dr. Mahathir.

Menurut Khairuddin, bangsa Melayu sedang menuntut penyatuan yang jitu demi untuk memperkasakan semula kedudukan anak bangsa agar menjadi satu bangsa yang dihormati oleh semua pihak.

Tambah beliau, gerakan Proklamasi Orang Melayu secara ‘non partisan’ membuka pintu secara seluas-luasnya kepada individu Melayu yang bersemangat untuk bersatu-padu tanpa kira apa saja fahaman ideologi politik masing-masing.

Jelasnya, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu akan mengembangkan daya usaha untuk menyatupadukan keseluruhan umat melayu secara ‘total’ seterusnya mengenal pasti segala polemik permasalahan dan memperkenalkan formula penyelesaian ke atas setiap masalah-masalah yang membelenggu kaum itu.

“Gerakan Proklamasi Orang Melayu bukan berteraskan berpartian tetapi atas dasar perjuangan orang Melayu serta semangat Melayu semata-mata.

“Kita hanya ingin membicarakan tentang setiap permasalahan Melayu serta menyelesaikannya berteraskan ‘hak-hak’ orang-orang melayu seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,” ujarnya.

Tambah Khairuddin, proklamasi itu tidak akan mengizinkan orang Melayu mengambil hak-hak kaum-kaum lain secara tidak berperlembagaan.

Katanya, hak kaum lain dihormati secara kerana matlamat Proklamasi Orang Melayu ingin mewujudkan sebuah negara berteraskan ‘love,’ ‘peace’ dan ‘unity’ yang hidup dalam rukun aman damai dalam kepelbagaian kaum.

Tambah beliau, asas itu akan dipegang erat dan gerakan tersebut tidak akan mengizinkan mana-mana anak bangsa mengganggu-gugat keharmonian negara ini.

Sementara itu Khairuddin berkata, perjumpaan semalam lebih menjurus ke arah menjalinkan penyatuan serta perpaduan Melayu secara tulen tanpa perasaan curiga antara satu sama lain.

Terdahulu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia untuk bekerjasama dengan Muhyiddin jika kedua-dua pihak mempunyai matlamat yang sama.

Perkara tersebut turut disambut baik oleh Muhyiddin yang juga bersedia untuk bekerjasama kembali dengan Dr. Mahathir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI