fbpx

Strok haba: Arwah Muhamad Irfan bercita-cita sertai Vat 69

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizan menunjukkan gambar anaknya yang meninggal dunia akibat strok haba semalam.

IPOH – Anggota Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, Konstabel Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam, 21, yang meninggal dunia akibat strok haba semalam, memasang impian untuk menyertai Pasukan 69 Komando (VAT 69).

Ibu Allahyarham, Norizan Idris, 49, berkata, anak kedua daripada tujuh beradik itu memberitahu akan turut serta dalam pemilihan yang diadakan pada hujung tahun ini.

“Irfan memang impi untuk masuk komando. Apabila dia ditempatkan di PGA Ulu Kinta, dia terus beritahu mahu sertai pasukan itu. Mungkin hari-hari melihat pasukan itu menyebabkan dia juga memasang impian sama.

“Saya tiada halangan, lagipun dia memang gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki. Apa pun yang dia minat, sebagai ibu saya sokong dan hanya minta untuk jaga diri,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa Muhamad Irfan pada pukul 5.30 petang selepas dihubungi pihak PGA yang memaklumkan anaknya rebah ketika kursus dipercayai akibat strok haba.

“Bila mereka beritahu anak dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan kerana strok haba, saya sudah tidak sedap hati kerana tahu kesannya. Apapun, jika pengakhiran Irfan begini, saya dan keluarga terima ketentuan ini. Saya anggap kematian anak sebagai jihad dan bukan semua orang dapat,” katanya.

Tambahnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu pada Hari Raya Aidiladha lalu dan tiada sebarang perubahan ketara ditunjukkan Muhamad Irfan melainkan lebih banyak duduk di rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI