fbpx

PRN: Status quo dijangka kekal di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivamurugan (tiga dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama ahli keluarganya selepas menyampaikan Syarahan Umum Pelantikan Profesor di USM, Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Pilihan raya di enam negeri yang berlangsung 12 Ogos depan dijangka menyaksikan gabungan parti politik sedia ada kekal mentadbir negeri masing-masing.

Penganalisis politik, Prof Dr. P. Sivamurugan berpendapat, status quo sedia ada iaitu parti gabungan Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kekal mentadbir di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, walaupun status quo kekal di enam-enam negeri, beliau menjangka majoriti undi terutama melibatkan undi Melayu akan menurun.

“Status quo mungkin berlaku di enam negeri, cuma dengan majoriti undi akan menurun dan nampaknya kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri) Melayu lebih goyah.

“Sekiranya tidak ada sabotaj dalaman, gabungan parti-parti sedia ada boleh menang, namun setiap parti perlu juga melihat soal pemilihan calon serta isu-isu dalaman parti,” katanya ketika ditemui di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) serentak di enam negeri pada 12 ogos depan.

Menurut Sivamurugan, kebanyakkan para pengundi pada masa ini berada dalam kekeliruan kerana parti-parti politik bergabung secara tiba-tiba selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, katanya, untuk memastikan negara ini dapat bergerak ke depan, setiap gabungan politik perlu mengelak daripada terus memainkan isu-isu sensitif melibatkan agama, bangsa dan institusi raja-raja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI