fbpx

Penggangur didakwa ugut, libas bapa dengan pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohd. Shargawi (depan) untuk didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan melibas dan mengacukan sebilah pisau terhadap bapanya pada Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd. Shargawi Ismail, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Tuan Ruzaini Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan bapanya, Ismail Husin, 71, dengan melibas dan mengacukan sebilah pisau terhadap warga emas itu.

Kesalahan tersebut dilakukan olehnya di sebuah rumah di Pasir Hor di sini kira-kira pukul 8.30 malam pada 2 Julai lalu.

Mohd. Shargawi didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nasrun Nazmi Nik Mohamad.

Terdahulu, Nur Syafiqah menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi kejadian.

Nik Nasrun dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah memandangkan tertuduh tidak bekerja selain tidak mempunyai sebarang pendapatan dan mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes pada 7 September depan.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI