fbpx

Penduduk sengsara liputan internet macam ‘siput’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nujanah Asbinoor (kanan) bersama dua adiknya terpaksa keluar dari rumah untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik di Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu semalam.

BANDAR BAHARU – Harapan kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Permatang Kerat Telun­juk di sini untuk menikmati capaian internet yang baik masih belum menjadi kenya­taan biarpun pelbagai usa­ha telah dilakukan oleh agensi berkaitan sejak setahun lalu.

Menurut penduduk, aduan berkenaan isu itu pernah disua­rakan pada awal tahun lalu dan masalah itu mendapat respon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengambil tindakan memasang pencawang baharu.

Seorang penduduk, Marlia Omar, 40, berkata, penduduk turut dimaklumkan bahawa masalah capaian internet akan diselesaikan selepas beberapa pegawai turut datang membuat kajian untuk mengatasi isu tersebut.

Katanya, salah seorang Exco kerajaan negeri juga turun padang ke kampung itu dan memaklumkan masalah ber­kenaan dijangka selesai pada akhir tahun lepas.

“Bagaimanapun, harapan penduduk hanya tinggal harapan apabila sehingga kini masalah ini masih belum selesai sehingga mengganggu akti­viti penduduk yang memerlukan capaian internet.

“Zaman sekarang internet sudah menjadi satu keperluan terutama penduduk yang menjalankan perniagaan secara online,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Nor Arzila Abd. Rashid, 37, berkata, setakat ini hanya satu talian yang agak baik dapat dicapai di kawasan rumahnya di Kampung Bukit Takong, di sini.

“Mulanya pihak terbabit memaklumkan kepada penduduk masalah capaian internet akan selesai pada Mac tahun lalu dan kemudian pada akhir tahun lepas, tetapi tiada lagi tanda-tanda masalah akan selesai sehingga kini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI