fbpx

Pejabat Jakoa Gombak, kontena musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha anggota bomba memadamkan kebakaran pejabat Jakoa Daerah Gombak dan Petaling yang terbakar tengah hari tadi. - Foto ihsan Bomba

GOMBAK – Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Daerah Gombak dan Petaling serta sebuah unit kontena musnah dalam kebakaran yang berlaku di Muzium Orang Asli Jalan Gombak, Kampung Sungai Chinchin, di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihak bomba menerima laporan kebakaran pada pukul 1.35 tengah hari tadi.

Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Wangsa Maju dengan kekuatan 18 anggota serta pegawai digerakkan ke lokasi bersama tiga anggota bomba sukarela.

“Semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah pejabat Jakoa Kelas C berkeluasan 297 meter persegi.

“Pejabat berkenaan terbakar 80 peratus dan juga sebuah unit kontena yang dijadikan pejabat musnah terbakar 100 peratus,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran telah berjaya dikawal pada pukul 2.08 petang.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku rentetan kebakaran tersebut,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI