fbpx

Mungkin sudah tiba masa Fatima ada adik – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA tidak menolak kemungkinan hamil anak kedua dalam masa terdekat. - KOSMO!/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

PETALING JAYA — Pelakon Fazura tidak menolak andai dikurniakan rezeki menimang cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat.

Akui pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin itu, dia dan suaminya, Fattah Amin kasihan melihat anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya keseorangan tanpa teman bermain.

“Sebenarnya soalan tentang zuriat ini agak peribadi buat saya tetapi rezeki Allah itu saya tidak akan tolak kerana saya memang sudah bersedia menimang cahaya mata kedua.

“Tambah pula sekarang saya sedang menjalani penggambaran filem yang tidak boleh saya cerita dengan lebih lanjut. Insya-Allah bulan Ogos ini saya akan buat ‘comeback’ dengan drama bersiri.

“Ada rezeki kami terima, cuma apabila melihat Nur Fatima Aisya tiada kawan bermain, mungkin sudah tiba masa dia punya adik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelakon filem Gol & Gincu itu ditemui pada pelancaran program televisyen Innovathon yang diadakan di Hotel Royal Chulan, di sini, semalam.

Sehubungan itu, aktres merangkap usahawan yang sudah mencecah usia 40 tahun itu meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.

“Saya lihat Fatima pun kasihan dia seorang diri sekarang. Dia kalau dekat rumah ada sahaja cakap nak pergi rumah sepupu sebab nak berkawan.

“Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa. Doakan kami tapi kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tidak boleh beri komen,” ujarnya.

Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI