fbpx

Makin mancung, Lesti Kejora buat hidung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESTI KEJORA

PENYANYI Lesti Kejora sering menjadi bualan netizen setiap kali muncul di depan khalayak ramai.

Bukan sahaja kerana bakat nyanyiannya, malah isu peribadi dan keluarga antara yang mendapat perhatian masyarakat di negaranya.

Baru-baru ini, sebuah akaun Tiktok memuat naik video terkini isteri Rizky Billar itu yang didakwa memiliki perubahan ketara pada bahagian hidung dan gigi.

“Wajahnya banyak berubah, hidungnya makin mancung.

“Gigi juga semakin putih dan kalau perasan taring giginya juga sudah tiada,” ujar pemilik akaun berkenaan.

Video tersebut mendapat perhatian dan pelbagai reaksi netizen terhadap isu berkenaan.

“Hidung dia memang seperti itu, cuma kini pipinya tirus sehingga nampak mancung.

“Aku pun kalau banyak wang akan buat begitu,” ujar beberapa netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI