fbpx

Kepala air: Tiada petunjuk lokasi 2 mangsa Jeram Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pasukan SAR sedang mengadakan pemantauan di Sungai Teladas berhampiran Seberang Tayor, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Dua lagi mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih di sini masih belum ditemui meskipun pelbagai usaha dan cara dilakukan selepas 96 jam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Khariri Mat Resad @ Arshad berkata, usaha mencari dua mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14 dan Muhammad Fikri Saliman, 24, masih belum menemui sebarang petunjuk baharu.

“Bagaimanapun, kita percaya kedua-kedua mangsa masih berada di sekitar sektor pencarian sepanjang 35 kilometer iaitu dari lokasi kejadian sehingga ke muara Sungai Kemaman di sini.

“Kita optimis kedua-kedua mangsa masih berada di kawasan sekitar ini berikutan banyak halangan seperti perangkap sampah, timbunan kayu dan beting pasir yang menjadi elemen penghalang untuk mangsa keluar ke laut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Khariri berkata, operasi yang memasuki hari keempat hari ini berdepan dengan sedikit kesukaran apabila hujan lebat berlaku lebih tiga jam sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Jelas beliau, pasukan SAR terpaksa menangguhkan sementara operasi di kawasan sektor A berikutan risiko berlakunya semula kepala air di kawasan itu.

“Operasi di sektor B dan C iaitu di sekitar Sungai Teladas hingga ke muara Sungai Kemaman diteruskan lewat petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI