PELAKON cantik Raline Shah tidak melepaskan peluang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halamannya di Medan, Indonesia.
Aktres berusia 38 tahun itu berkongsi momen-momen manis bersama keluarga dan aktivitinya sepanjang beberapa hari berada di kampung.
“Back home in Medan (pulang ke kampung di Medan). Makan lontong Medan bersama ‘big bos’ (ayah)”.
“Selamat Hari Raya Aidiladha teman-teman, semoga hari liburnya menyenangkan dan mengenyangkan,” tulisnya pada kapsyen gambar.
Raline turut memuat naik beberapa foto sedang memberi makan sekumpulan rusa di zoo milik keluarganya.
Rata-rata netizen terpegun melihat rumah mewah milik ibu bapa pelakon Polis Evo 2 itu yang jarang dikongsikan kepada umum.
“Ini betul-betul orang kaya bukan tiba-tiba kaya. Tak pernah menunjuk kekayaan tapi sebenarnya sudah kaya daripada lahir.
“Keluarganya memang kalangan keluarga bangsawan,” ujar beberapa netizen.