fbpx

Israel tamatkan serangan di Jenin, 12 rakyat Palestin terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menolak basikal di antara serpihan selepas operasi tentera di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki ditamatkan pada hari ini. - AFP

RAMALLAH, Tebing Barat – Tentera Zionis menamatkan serangan selama dua hari di bandar Jenin, wilayah Tebing Barat yang diduduki, dengan menyebabkan 12 rakyat Palestin terbunuh.

“Operasi telah tamat secara rasmi dan askar (Israel) telah meninggalkan kawasan Jenin,” kata seorang jurucakap tentera kepada AFP.

Serbuan ke atas kem pelarian di Jenin yang bermula kelmarin dijalankan atas arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan menyasarkan kem pelarian dan hospital. 

Serangan itu merupakan operasi ketenteraan terbesar tentera Zionis dalam beberapa tahun di Tebing Barat. Ia dijalankan dengan mengerahkan beratus-ratus tentera, dron dan kenderaan tentera yang merosakkan jalan.

Penduduk Jenin melarikan diri ketika gas pemedih mata dilancarkan dari udara. Kira-kira 3,000 orang awam meninggalkan kediaman mereka di kem pelarian Jenin pada malam Isnin lalu, demikian menurut Bulan Sabit Merah Palestin.

Semasa serbuannya, tentera Israel turut menyasarkan hospital, kakitangan perubatan dan unit ambulans, demikian menurut Menteri Kesihatan Palestin, May al-Kaila.

“Mereka menyerbu Hospital Awam Jenin dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga orang cedera. Mereka juga menyerbu Hospital Ibnu Sina,” tambah Kaila. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI