fbpx

Gadis Malaysia terbang ke Bangladesh untuk berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farhad Hossain mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya dari Malaysia di Bangladesh pada 24 Jun lalu. - Foto Bangla Tribune

DHAKA, Bangladesh – Seorang gadis dari Malaysia sanggup terbang ke Bangladesh untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Noakhali pada 24 Jun lalu, lapor laman berita Tribune Desk.

Gadis tersebut, Smriti Ayesha Ramasamy, 22, berkahwin dengan Farhad Hossain, 26, seorang penduduk di kawasan Hajipur, bandar Chowmuhani.

Menurut sumber keluarga, Farhad datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan lima tahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat.

Dia kemudian bertemu dengan Smriti dan tidak lama kemudian, perkenalan mereka berubah menjadi cinta. 

Selepas kontraknya di syarikat tersebut tamat tahun ini, Farhad kembali ke Bangladesh, namun dia terus berhubung dengan Smriti sebelum pasangan itu memutuskan untuk berkahwin.

Smriti kemudian terbang ke Bangladesh dan tiba di Noakhali pada 24 Jun lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka.

Pada 25 Jun lalu, Farhad dan Smriti berkahwin di mahkamah dengan pasangan itu kini menetap di sana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI