fbpx

Dua nelayan hilang di perairan Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari mangsa di sekitar perairan Sungai Besar, hari ini.

SABAK BERNAM – Dua nelayan termasuk warga tempatan berusia 67 tahun hilang di sekitar Muara Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan bagi membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira pukul 4.24 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai terlibat dalam operasi berkenaan.

“Berdasarkan laporan awal, terdapat dua nelayan dipercayai hilang di perairan tersebut. Anggota bomba dan Maritim Malaysia sedang mempergiatkan usaha pencarian mangsa termasuk membuka Pusat Kawalan Bomba (PKB) di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI