fbpx

Cuaca buruk di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi Facebook berkata, Perak, Terengganu dan Pahang antara negeri yang terlibat.

“Di Perak hanya melibatkan Batang Padang, Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang, meliputi Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Sementara itu turut terlibat, Negeri Sembilan (Jelebu dan Rembau), Melaka dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

“Tidak ketinggalan, Sarawak turut menerima cuaca sana iaitu di Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI