fbpx

Bintang Hong Kong, Coco Lee meninggal dunia akibat bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Bintang terkenal Hong Kong, Coco Lee meninggal dunia, tiga hari selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya  sebelum dikejarkan ke hospital, 2 Julai lalu.

Berita duka tersebut dikongsikan sendiri kakak mendiang, Nancy dan Carol menerusi ciapan dalam Twitter.

“Dengan rasa sedih, kami ingin memaklumkan bahawa Coco telah meninggal dunia hari ini,” tulisnya.

Difahamkan penghibur berusia 48 tahun itu bergelut dengan masalah depresi sejak beberapa tahun lalu sehingga perlu mendapatkan rawatan pakar.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin buruk sejak beberapa bulan lalu sehinggalah  ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya dipercayai akibat cubaan membunuh diri, sebelum  dikejarkan ke Hospital Queen Mary untuk rawatan.

“Coco bergelut dengan masalah depresi sejak beberapa tahun lalu dan telah mendapatkan rawatan. Bagaimanapun keadaannya kembali buruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.

“Dia telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Namun dia akhirnya meninggal dunia hari ini, selepas tiga hari dilaporkan koma,” ujar keluarga mendiang.

Penyanyi dan penulis lirik itu sangat dikenali dalam kalangan pemain industri sebagai seorang penghibur yang kuat bekerja untuk mengembangkan kerjaya muziknya sehingga ke peringkat antarabangsa sehingga menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat (AS).

Memulakan kerjaya seninya pada 1994, sepanjang karier Coco telah mengeluarkan sebanyak 15 buah album dengan jualan mencecah 10 juta unit.

Singlenya berjudul Do You Want My Love menjadi karya terbaiknya apabila berjaya menduduki tangga keempat dalam carta billboard AS pada tahun 1999.

Selain dikenali sebagai penyanyi, suara selebriti berdarah campuran Cina-Amerika itu pernah digunakan dalam filem animasi terkenal Disney, Mulan untuk versi bahasa Cina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI