BEIJING – Seorang penumpang wanita memasak nasi menggunakan periuk yang dipasang pada soket di tempat duduk ketika menaiki sebuah kereta api laju di Chongqing, China baru-baru ini, lapor laman berita MSNews hari ini.
Dia kemudian dilihat memakan nasi tersebut selepas ia masak.
Satu klip video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan wanita itu mencedok nasi daripada periuk yang terletak di atas meja dekat seorang lelaki yang duduk di sebelahnya.
Menurut laman berita Sohu, tindakan wanita berkenaan mungkin menyalahi undang-undang selain terdapat kebimbangan mengenai keselamatan.
Soket tersebut biasanya bertujuan untuk mengecas peranti elektrik seperti komputer riba dan telefon bimbit.
Video itu menjadi perhatian netizen dengan ada yang berpendapat mereka memahami bahawa wanita berkenaan perlu makan nasi ketika melakukan perjalanan jauh. – Agensi