fbpx

Tuduhan melulu beri persepsi buruk kepada penjawat awam – Cuepacs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (empat kanan) meninjau operasi dan menyantuni penguat kuasa JIM di KLIA hari ini. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR / KOSMO!

SEPANG – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan tuduhan melulu tanpa bukti terhadap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dilihat memberi persepsi buruk kepada perkhidmatan awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya memandang serius tuduhan berat dilemparkan kepada JIM berkaitan budaya rasuah yang kononnya wujud dalam kalangan petugas di pintu masuk negara.

Beliau berkata, tuduhan tanpa bukti berasas itu dilihat sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian terhadap isu utama yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang individu berstatus menteri.

“Sekiranya benar wujudnya budaya rasuah seperti digambarkan, perkara itu sepatutnya dilaporkan dengan bukti jelas terus kepada Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tuduhan tanpa bukti atau asas ini hanya mengundang penghakiman awam oleh masyarakat yang hanya mengundang persepsi negatif kepada perkhidmatan awam,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni operasi penguatkuasa JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Katanya, Cuepacs bersolidariti sepenuhnya dengan JIM selagi mana tiada pelanggaran undang-undang dibuktikan oleh pihak berkuasa.

Adnan berkata, tiada istilah ‘kebal’ terhadap mana-mana penjawat awam yang didapati melakukan kesalahan begitu juga pihak luar mencampuri urusan dalaman agensi kerajaan.

Menurutnya, Cuepacs turut menolak sekeras-kerasnya campur tangan pihak luar dalam urusan keselamatan negara yang digalas oleh JIM atau mana-mana agensi kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI