fbpx

Tragedi kepala air: Jenazah enam beranak akan dibawa pulang ke Felda Lepar Hilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Putri Balqis Izzati tiba di Unit Forensik HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jenazah enam beranak yang mati lemas di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada Sabtu lalu akan dibawa pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Pahang pada petang ini.

Rosilawati Yassin, 49, yang merupakan kakak ipar Azizah Eiyi berkata, keenam-enam mangsa itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3.

Dia berkata, proses bedah siasat terhadap adik iparnya, Azizah Eiyi, 40, dan suami, Karim Abdullah, 39, serta empat anak mereka telah selesai dan kini dalam urusan pengurusan jenazah.

“Pihak hospital dan polis telah memaklumkan proses memandi dan mengkafankan enam beranak itu telah bermula pada pukul 3 petang sebelum dibawa pulang ke kampung halaman.

“Kami pihak keluarga bersyukur dapat mempercepat proses pengkebumian dan berharap usaha mencari baki mangsa berjalan lancar,” katanya di perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Selain Azizah dan suaminya, turut akan dibawa pulang adalah jenazah anak mereka, Muhammad Zulqarnain Haikal, 11, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziq Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira, 4.

Terdahulu, mayat ketujuh yang dikenalpasti sebagai anak sulung pasangan itu, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, tiba di HSNZ bagi tujuan bedah siasat pada pukul 2.15 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI