fbpx

Tok Mat bakal pertahan kerusi DUN Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika merasmikan Karnival Pendidikan ATM Penyampaian Dermasiswa Premium dan Sumbangan Komputer Riba, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan bahawa beliau akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Negeri Sembilan.

Tambah Mohammad, beliau yakin bahawa gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang cerah memenangi majoriti kerusi di Kedah serta Terengganu, manakala di Kelantan dijangka berlaku pertambahan kerusi.

“Keyakinan untuk menang mesti ada, tetapi dia tidak datang dengan sendiri dalam apa jua permainan. Kalah menang itu belum tentu.

“Pilihan raya negeri ini kita akan buat kerja dengan sebaik mungkin dan saya harap jentera akan terus mempertingkatkan gerak kerja masing masing.

“Saya isytiharkan akan bertanding di DUN Rantau,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Karnival Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan (MINDEF), Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur, hari ini.

Jelas Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional itu, partinya mempunyai peluang sebagai ‘underdog’ dalam memasuki PRN negeri kali ini meskipun tewas di Kedah Kelantan dan Terengganu Pilihan Raya Umum ke-15, tahun lepas.

“Saya telah pun pergi ke negeri-negeri dan berjumpa (dengan ketua bahagian) untuk berbincang. Nampak semangat mereka untuk mencapai kemenangan itu ada.

“Insya Allah, dalam masa terdekat kita menunggu daripada pihak (cabang) negeri untuk melihat senarai calon yang (akan) dibawa oleh mereka sebelum disaring kesesuaiannya.

“Bagaimanapun, UMNO tidak tetapkan sama ada muka baru mahupun muka lama. Kalau saya bertanding boleh menang tak mungkin nak buang saya (dari bertanding),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI