fbpx

Tanah runtuh: Lima penduduk Orang Asli kosongkan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku di Kampung Juang, Simpang Pulai di Ipoh petang tadi. - Foto ihsan JBPM

IPOH – Lima penduduk Orang Asli di Kampung Juang, Simpang Pulai di sini dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku dekat kediaman mereka petang tadi.

Runtuhan yang dikatakan berlaku berikutan hujan lebat itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada 7.24 petang di mana sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati sebuah rumah telah terkena runtuhan tanah di bahagian belakang manakala dua buah rumah lagi berisiko tinggi.

“Ketua operasi mengarahkan anggota untuk membuat pemantauan semasa dan mendapati keadaan tanah kurang stabil akibat hujan lebat.

“Atas faktor keselamatan berikutan keadaan cuaca, lima penduduk yang menghuni dua buah rumah telah dinasihatkan berpindah sementara bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak polis turut dimaklumkan kejadian itu untuk rujukan semasa dan operasi tamat pada pukul 8.19 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI