fbpx

Seronok lihat orang Melayu berjaya – PU Riz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris dan isteri tersayang, Neelofa yang kini menunggu waktu bersalin anak kedua.

PETALING JAYA – Kalau dulu, Neelofa dan suami, Haris Ismail selesa mewakili produk sendiri, sekarang pasangan itu terbuka menjayakan kempen orang lain.

Mereka menjadi selebriti pertama dipilih jenama Fellera Skin bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan produk itu.

Haris atau dikenali sebagai PU Riz, 28, berkata, dia dan Neelofa bersetuju bekerjasama menerusi produk Jelly Ajaib Viral, Bellrossa Advances kerana produk tersebut keluaran tempatan yang diusahakan oleh syarikat bumiputera.

“Kalau sebelumnya saya dan isteri memang mewakili perniagaan sendiri, tapi kali ini kami dilamar menjayakan kempen mereka. Apatah lagi isteri juga pernah mengamalkan dan rasai kesannya.

“Sebenarnya kami seronok dan tumpang bangga melihat anak tempatan apatah lagi orang Melayu berjaya dalam perniagaan. Walaupun pada masa sekarang ada banyak persaingan, tapi semangat dibawa mereka ini turut memberi aura positif buat saya dan isteri.

“Saya percaya, kejayaan yang dimiliki mereka hari ini bukan saja datangnya daripada pelanggan setia tapi juga kesan daripada produk yang bagus. Disebabkan itu, diharapkan kerjasama kami ini sedikit sebanyak membantu untuk menyebarkan lagi manfaat produk pilihan ramai ini,” katanya.

Menurut Haris lagi, golongan lelaki juga perlu menjaga kesihatan dalaman sama seperti mana yang dititikberatkan pada wanita.

“Setiap produk yang dikeluarkan pastinya memenuhi manfaat ramai. Disebabkan bahan yang berkualiti dan berkesan jadi kami bersama-sama bersetuju untuk membantu sebarkan lagi ke serata Malaysia supaya dapat membantu menyelesaikan masalah wanita.

“Paling penting juga, syarikat berkenaan adalah yang menjalankan sistem patuh syariah dan menjalankan sistem secara agen dan stokis dan memberi ilmu spiritual teknik serta mengajar cara berniaga dengan Allah serta cara Rasulullah,” katanya.

Syarikat tersebut mula menjalankan pernigaan kecantikan dan kesihatan sejak 11 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI