fbpx

Saya bukan boneka, tidak boleh dibeli dengan wang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan boneka kepada sesiapa dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Anwar berkata, Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau mengikut telunjuk DAP dalam mentadbir Kerajaan Perpaduan.

“Kita tunduk kerana dukungan parti DAP menguasai? Perdana Menteri saya, saya bukan boneka sesiapa. Alhamdulillah umur saya mencecah 76 tahun, saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, kalau boleh dibeli sudah lama melencong.

“Saya bukan hendak pertahankan kawan-kawan DAP, mereka dalam Jemaah Menteri, sudah tujuh bulan, Ketua Setiausaha Negara juga ada dalam mesyuarat itu, belum sekali pun dia (menteri DAP) pertikai program untuk Melayu, untuk orang miskin, Islam ke, belum sekali dalam tujuh bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kenyataan terbaharunya, Mahathir mendakwa DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan tidak menafikan hakikat hanya terdapat empat menteri daripada DAP dalam Kabinet.

“Tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli DAP. Jika DAP tarik diri, kerajaan Anwar akan jatuh,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menegaskan bahawa selagi diberi mandat menjadi Perdana Menteri, amalan mengaut duit dikalangan ahli politik tidak akan dibenarkan sama sekali.

“Saya bertekad InshaAllah selagi saya diamanahkan menjadi pemimpin saya tidak akan izinkan Menteri, Menteri Kewangan termasuk Perdana Menteri mengguna kuasa untuk ‘menyakau’,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI