fbpx

RM43 juta peruntukan tambahan kepada FAMA laksana inisiatif jualan langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat NACCOL di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan menyalurkan sejumlah RM43 juta peruntukan tambahan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi melaksanakan inisiatif jualan langsung di kawasan berkepadatan penduduk tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lantaran itu, sebanyak 5,000 lokasi dikenal pasti oleh FAMA bagi tujuan tersebut.

“Kita dapati bahawa FAMA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan beberapa langkah proaktif bagi mensasarkan jualan secara terus ke kawasan kepadatan penduduk tinggi.

“Minggu lalu, jemaah menteri telah meluluskan peruntukan tambahan untuk FAMA sebanyak RM43 juta, dimana untuk enam bulan terakhir tahun ini sebanyak 5,000 lokasi akan dikenal pasti dan mungkin kita sasarkan kira-kira 2,500 kawasan baharu.

“Tahun hadapan pada suku ketiga, kita harap mencapai 10,000 lokasi (jualan langsung),” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata, meskipun terdapat kekangan daripada segi pelaksanaan jualan langsung terutamanya melibatkan harga barangan kawalan, namun ia dilihat mengurangkan harga barangan sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI