fbpx

Rafizi menghadap Sultan Nazrin beri perkembangan ekonomi semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (kiri) ketika menghadap Sultan Nazrin berhubung isu ekonomi semasa.

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum berhubung isu ekonomi semasa.

Rafizi berkata, antara perkara lain yang turut disentuh adalah mengenai langkah proaktif dilaksanakan Kementerian Ekonomi.

“Dalam sesi menghadap itu, saya juga menyembah maklum perkembangan terkini berhubung pembangunan ekonomi negara dan negeri Perak Darul Redzuan khususnya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi turut mengucapkan penghargaan dan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas perkenan Tuanku menerimanya menghadap.

“Mendoakan semoga Tuanku berdua, Putera-Putera, Puteri-Puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI