fbpx

PRN: Sokongan PN mereda, Kedah, Kelantan dijangka sengit – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan peralihan luar biasa pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN) yang diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu sudah semakin mereda.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, data didedahkan setakat Jun lalu menunjukkan sokongan terhadap PN semakin menurun pada kadar yang ketara.

Menurutnya, PN sepatutnya perlu lebih bimbang apabila persaingan sengit mungkin bakal berlaku di dua negeri dikuasai mereka iaitu Kedah dan Kelantan.

“Menerusi data awal, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan berada dalam keadaan selesa malah tumpuan kami kini ialah bagaimana untuk menggugat prestasi PN di tiga negeri yang dikuasai mereka.

“Dakwaan dibuat PN ketika ini lebih untuk menutup kebimbangan prestasi mereka di negeri yang mereka kuasai,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, beliau akan mendedahkan data lengkap bulan ini mengenai trend pengundian dan prestasi PH menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

“Sampai masa saya tunjuk data itu secara terperinci bulan ini, semakin dekat dengan kempen, kita akan dedahkan data itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI