fbpx

PRN: Pejuang Selangor perhalusi muktamad calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harumaini.

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor sedang memperhalusi secara serius dalam memuktamadkan calon bagi menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Majlis Pimpinannya, Harumaini Omar berkata, perkara itu dipertimbangkan selepas parti berkenaan mencapai kata sepakat kelmarin.

Katanya, keputusan itu diambil selepas memperhalusi kehendak akar umbi dan pengundi yang mengharapkan Pejuang menyertai PRN di beberapa kawasan strategik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Pendekatan baru secara bersasar akan digunakan dengan memberikan pertimbangan kepada kekuatan jentera, sokongan akar umbi, demografi penduduk dan perkembangan politik semasa. Selain itu, pendekatan lain termasuk menentukan kriteria calon yang bertanding kelak,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Harumaini, pihaknya turut mengambil kira beberapa faktor lain termasuk analisis pasca nilai dalaman yang dijalankan parti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI