fbpx

Orang Melayu bakal hilang negara, bangsa – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan identiti Melayu tidak mampu kekal sebagai sebuah bangsa dan bakal kehilangan negara.

Beliau berkata, ia berikutan pendatang asing menuntut Malaysia yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara berbilang bangsa.

Katanya, percubaan tersebut diperkenal kali pertama oleh Malayan Union British dan parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew, namun telah ditolak.

“Sekarang DAP yang disokong Parti Keadilan Rakyat dan Amanah sekali lagi memperkenal matlamat yang sama iaitu Malaysia bukan negara yang asalnya tanah Melayu tetapi adalah negara berbilang bangsa.

“Dalam negara berbilang kaum tidak ada taraf yang berlainan antara orang Melayu sebagai pemastautin asal dengan pendatang asing dan keturunan mereka. Dengan ini semua kaum mempunyai taraf sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Mahathir berkata, bagi pendatang yang ingin mengekalkan identiti mereka dengan negara asal, layanan terhadap mereka tentulah berbeza dengan penduduk asal.

Katanya, Perlembagaan Malaysia menyetujui bahawa agama rasmi Malaysia ialah agama Islam manakaka agama-agama lain boleh dianuti pengikut agama asal mereka.

“Tetapi desakan dibuat supaya Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara Islam. Malaysia hendaklah dijadikan negara sekular iaitu negara yang tidak ada agama rasmi.

“Semua ini akan berlaku semasa tanah orang Melayu terjual kepada kaum lain. Rata-rata orang Melayu miskin. Mereka menjual tanah milik mereka kepada orang yang kaya yang hampir semua terdiri dari keturunan kaum pendatang,” ujarnya.

Tambahnya, usaha mengetengahkan Proklamasi Orang Melayu bukanlah berhajat untuk merampas hak dan milik orang lain.

“Ia bertujuan untuk mengiktiraf Semenanjung ini sebagai Tanah Melayu, menerima pendatang dan keturunan mereka yang diserap menjadi bangsa Melayu.

“Kata Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia. Tetapi aliran sekarang menunjuk Melayu tidak akan kekal sebagai satu bangsa. Melayu akan hilang negara mereka dan akan hilang di dunia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI