fbpx

Muda lancar jualan otak-otak, kasut kumpul dana untuk PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (tengah).

PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan melancarkan pelbagai inisiatif untuk mengumpul dana bagi membiayai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, usaha pertama parti itu akan dikendalikan beliau sendiri dengan menjual otak-otak Muar menerusi platform dalam talian bermula Jumaat ini.

“Muda bukanlah parti yang ada kawalan ke atas Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dengan itu kita perlu berani berfikir di luar kotak untuk mencari dana tanpa mengorbankan prinsip yang bawa kita masuk politik.

“Jadi, kita akan melancarkan inisiatif ‘Muda Hustle’ bermula Jumaat ini secara seratus peratus ‘virtual’ (dalam talian) yang akan memanfaatkan platform TikTok, Twitter dan Facebook,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Syed Saddiq berkata, semua pemimpin Muda dan ahli akar umbi akan turut melancarkan inisiatif mereka sendiri untuk mengumpul dana sebelum disalurkan ke dalam akaun parti tersebut.

“Sebagai contoh, ada di Sabah yang mungkin jual kasut. Ada yang mungkin menjual aset peribadi selain menawarkan khidmat mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, Muda mengumumkan akan bertanding PRN atas kekuatan parti mereka sendiri tanpa bergabung dengan parti-parti politik yang besar.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan untuk bertanding secara bersendirian itu dibuat selepas mendapat sokongan daripada ahlinya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI