PETALING JAYA – Penyanyi rap yang juga bekas anggota kumpulan Too Phat, Malique membuat ramai meremang apabila ‘berduet’ dengan Allahyarham Mona Fendy.
Lagu yang diberi judul Sedih Hati itu menggunakan awal kalam dendangan asal figura itu dipetik daripada karya berjudul Ratapan Anak pernah didendangkan Mona atau nama sebenarnya, Maznah Ismail.
Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna Twitter, @arfdy12 yang memaklumkan Malique baru sahaja melancarkan single itu.
“Baru tahu Malique ada keluar single baharu – Sedih Hati.
“Lain macam bila dengan vibe lagu ini. Bila baca komen ada yang cakap intro lagu Ratapan Anak – Mona Fendy. Fuh! bukan biasa-biasa,” ciapnya.
Jelas individu itu lagi, Mona Fendy sememangnya seorang penyanyi sebelum menjerumuskan diri dalam perbomohan.
“Ramai yang tak tahu, Mona Fendy pernah menjadi penyanyi sebelum menjadi pengamal perubatan.
“Pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu, Monay Fendy menjadi bualan mengenai kes pembunuhan yang membawa hukuman gantung sampai mati,” coretnya lagi.
Mungkin ramai tidak tahu, Mona Fendy pernah menjadi penyanyi sebelum menjadi pengamal perubatan.
Pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu, Mona Fendy menjadi bualan mengenai kes pembunuhan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Ini adalah persembahan Ratapan Anak : pic.twitter.com/3eQxOABjTK
— 🤎Arifism🤎 (@arfdy12) July 3, 2023
Lagu tersebut kini boleh didengari menerusi YouTube dengan carian judul ‘Sedih Hati’.
Sekadar info, Monda dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas dia didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.
Allahyarham Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat.
Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey. – KOSMO! ONLINE