fbpx

Melaka bakal laksana ‘no right turn’ bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan trafik pada waktu puncak di lokasi cadangan perlaksanaan inisiatif 'no right turn' di Melaka. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Inisiatif ‘no right turn’ bakal dilaksanakan bermula pada bulan hadapan di beberapa persimpangan yang menyebabkan kesesakan trafik kritikal di negeri ini termasuk di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kajian mengenai keberkesanan kaedah itu sedang dilakukan dan dijangka dapat membantu menyuraikan kira-kira 1,000 kenderaan yang menuju ke pusat bandar dalam tempoh satu jam.

“Saya akan mengadakan dua lagi mesyuarat, mungkin dalam tempoh 30 hari selepas ini baru akan diberitahu kepada masyarakat bahawa beberapa jalan ini tidak lagi ada jalan belok ke kanan.

“Jalan alternatif untuk mereka belok ke kanan juga telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), kita akan didik dahulu masyarakat sebelum dikuatkuasakan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di lokasi cadangan pelaksanaan inisiatif tiada belok ke kanan di Persimpangan Stadium Hang Jebat, hari ini.

Jelasnya, persimpangan terlibat adalah di hadapan Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Jalan Utama Masjid Tanah, Persimpangan Bandar Baharu Masjid Tanah dan Persimpangan Solok Duku.

Selain itu adalah Persimpangan Sekolah Sains Alor Gajah, Persimpangan Jejambat Cheng Lebuh SPA, Persimpangan Stadium Hang Jebat, Persimpangan Durian Tunggal dan Persimpangan MITC.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan negeri memberi jaminan kaedah tersebut tidak akan memberikan impak negatif atau menyusahkan rakyat tetapi menyediakan keselesaan kepada kesemua pengguna jalan raya.

“Kajian yang terperinci dilakukan kerana kita tidak mahu menyusahkan pengguna jalan raya dan masyarakat, terutama mereka yang berulang-alik ke rumah.

“Kaedah ini bakal memberi keselesaan yang lebih kepada pengguna, mereka yang menggunakan persimpangan Stadium Hang Jebat boleh melalui bawah jejambat di Cheng, jalan kontra pun telah dibuat untuk lebih selesa mereka membuat pusingan U balik ke Persimpangan Stadium Hang Jebat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI